Thursday 3 January 2013

DOA RABITAH - Doa buat sahabat-sahabat untuk ukhwah kerana Allah


Ya Allah....
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...
bertemu untuk mematuhiMu, 
bersatu memikul beban dakwah mu..
Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, 
maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..
tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..
Penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANIMU...
yang tidak kunjung malap..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..
Hidup suburkan hati-hati dengan MA'RIFAT tentangmu...
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.....

Tuesday 1 January 2013

Kami kembali....

ASSALAMUALAIKUM.W.B.T

Salam 1 Malaysia..Salam Pengakap...
Hari ini terlaksa jua hasrat untuk mengelolakan satu lagi blog khas untuk Kelana D Pontian..
Walau pelbagai halangan terpaksa kami tempuh, namun semuanya tidak mematahkan semangat kami ahli Pengakap Kelana D Pontian untuk meneruskan perjuangan dalam berpengakap.
Memasang seribu impian untuk menaikkan semula nama Pengakap Pontian demi melihat anak bangsa tidak terus sesat..tidak mudah patah semangat untuk melalui kehidupan yang semakin mencabar...Rakan-rakan kelana sedia membantu, membimbing, mendidik mereka-mereka yang memerlukan.

Semoga usaha kami mendapat sokongan yang padu dari semua pihak.

Terima kasih