Tuesday 30 April 2013

KEM KEPIMPINAN SIRI 1 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL PONTIAN 2013 ~ HARI PERTAMA

Assalamualaikum ..Salam 1 Malaysia.

Tanggal 12 hingga 14 Appril 2013 Kelana D telah dijemput oleh pihak KKBN Pontian untuk mengendalikan satu lagi program iaitu kem Kepimpinan MPP 2013. Program telah diadakan di Nurfa Farmstay yang terletak di Kampung Sawah, Pekan Nanas, Johor. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya adalah 'Night Walk', Laluan Berhalangan, LDK, Malam Aspirasi Seni dan banyak lagi.

Hari Pertama kem dimulakan dengan 'Ice Breaking'. Aktiviti pengenalan untuk kenali diri dan rakan sekumpulan. Program yang memerlukan kerjasama untuk menghasilkan satu Personaliti Kumpulan dengan Logo dan Moto kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat persembahan untuk memperkenalkan kumpulan mereka dengan kreativiti masing-masing.





Aktiviti diteruskan dengan Kawad Kaki yang dikendalikan oleh Cikgu Helmy Abd Majid (Amy). Pengenalan kepada asas kawad kaki yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk fokus dengan setiap arahan yang diberikan.



NIGHT WALK ~ Aktiviti diteruskan pada sebelah malam iaitu Night Walk. Program yang juga memerlukan kerjasama kumpulan, ketahanan mental dan fizikal serta peka dengan keadaan sekeliling pada waktu malam. Mereka juga perlu mengikut segala arahan yang diberikan. Peserta perlu melalui kawasan tanaman kelapa sawit tanpa menggunakan sebarang alat cahaya untuk sampai ke 'Checkpoint'.